Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSISTEM YSNET

LANGKAH ASAS

edarussalam.pngScreenshot 2021-09-17 at 10.54.22 PM.png1Untitled.png   Untitled1.png
Langkah 1
Daftar dan aktifkan
akaun e-darussalam
Langkah 2
Log-in ke sistem YSNet
menggunakan akaun e-darussalam
Langkah 3
Isikan maklumat peribadi,
muat naik salinan Kad Pengenalan Pintar dan tekan punat 'Hantar
'
Langkah 4
Akaun YSNet pengguna diaktifkan


PANDUAN PENGGUNA




SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan Umum

  • Apakah Sistem YSNet ?

    YSNet adalah singkatan bagi Youth and Sports Net. Sistem ini adalah perkhidmatan atas talian sebagai satu ‘platform’ bagi pengumpulan data belia-belia dan membukakan pendaftaran bagi program-program dan aktiviti-aktiviti kebeliaan dan kesukanan secara on-line kepada orang awam.


  • Apakah jabatan yang terlibat di dalam Sistem YSNet ?

    Tedapat empat jabatan yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan secara on-line melalui Sistem YSNet iaitu:
    - Bahagian Khidmat Bakti Negara (PKBN)
    - Pusat Pembangunan Belia (PPB)
    - Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD)
    - Jabatan Belia dan Sukan (JBS)



  • Apakah perkhidmatan on-line yang terdapat di dalam Sistem YSNet ?

    Perkhidmatan on-line yang terdapat di dalam Sistem YSNet adalah seperti berikut:

    • Pendaftaran Program Khidmat Bakti Negara, PKBN
    • Pendaftaran Program-Program atau Kursus-Kursus Pusat Pembangunan Belia
    • Pendaftaran Program-Program Outward Bound Brunei Darussalam
    • Pendaftaran Program-Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan
      • Larian, Anugerah Hari Belia Kebangsaan, Program-Program Belia peringkat kebangsaan dan serantau.
    • Pendaftaran Persatuan-Persatuan Belia dan Persatuan-Persatuan Sukan
    • Pendaftaran Atlet Kebangsaan               

  • Siapakah yang boleh menggunakan Sistem YSNet ?

    Sistem YSNet boleh digunakan oleh semua pemegang Kad Pengenalan Pintar (Kuning, Ungu, Hijau, ABBD, Polis) dengan menggunakan akaun e-darussalam.

    Bagi yang tidak mempunyai Kad Pengenalan Pintar, pengguna boleh penggunakan Paspot;
    Bagi yang berusia 12 tahun ke bawah boleh menggunakan salinan Surat Beranak; dan
    Bagi Persatuan-Persatuan Belia atau Persatuan-Persatuan Sukan boleh menggunakan nombor pendaftaran Register of Society (ROS).


  • Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan, bagaimanakah orang awam boleh menghubungi pihak YSNet ?

    Sebarang pertanyaan atau aduan boleh hantar melalui Borang Aduan dan Cadangan Sistem YSNet yang disediakan atau emel kepada ysnet@belia-sukan.gov.bn



  • Bagaimana cara untuk akses Sistem YSNet ?

    Orang ramai boleh mengakses Sistem YSNet dengan melayari portal rasmi Sistem YSNet melalui www.ysnet.gov.bn dengan menggunakan komputer ataupun telefon pintar.



  • Dapatkah Sistem YSNet di akses menggunakan Telefon Pintar ?

    Ya. Sistem YSNet dapat diakses menggunakan telefon pintar yang mempunyai pelayar internet seperti Safari, Mozilla Firefox dan Google Chrome.



  • Dimanakah orang awam boleh mendapatkan tatacara penggunaan Sistem YSNet ?

    Portal rasmi sistem YSNet ada menyediakan Panduan Pengguna melalui link yang disediakan. Panduan Pengguna juga boleh dilayari melalui laman web Jabatan Belia dan Sukan.



  • Sebagai Pengguna, bagaimanakah cara untuk menggunakan Sistem YSNet ?

    Bagi pengguna yang baru menggunakan Sistem YSNet, pengguna perlu membuat pendaftaran akaun e-Darussalam melalui portal www.gov.bn dengan menekan punat e-darussalam dan seterusnya pengaktifan secara di dalam talian melalui aplikasi WhatsApp.

    Setelah membuat pengaktifan akaun e-darussalam, pengguna perlu melayari portal YSNet www.ysnet.gov.bn dan menekan punat Pemegang Kad Pintar. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan Pintar dan Katalaluan. Pengguna akan di bawa ke halaman 'Pendaftaran' dan dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi. Setelah siap diisikan, tekan punat 'Hantar' bagi proses pendaftaran. Emel pengesahan akan dihantar ke emel pengguna setelah akaun disahkan oleh Admin Sistem YSNet.



  • Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran ?

    Pengguna dinasihatkan agar melengkapkan keterangan diruang yang disediakan dan memuatnaik imbasan Kad Pengenalan Pintar bagi pengguna yang mempunyai Kad Pengenalan Pintar. Admin Sistem YSNet akan membuat pengesahan bagi pengaktifan akaun.



  • Bagaimana dengan pengguna yang tidak mempunyai akaun e-mel ?

    Pengguna perlu lah menyediakan akaun e-mel persendirian (seperti gmail, hotmail, yahoo mail dan sebagainya) bagi pendaftaran akaun e-Darussalam dan seterusnya digunakan untuk pendaftaran sistem YSNet.



  • Adakah Sistem YSNet boleh didapati di dalam Bahasa Inggeris ?

    Pengguna boleh menekan punat 'EN' untuk menukar bahasa ke Bahasa Inggeris.

    Tatacara:
    • Akses ke portal Sistem YSNet melalui www.ysnet.gov.bn.
    • Tekan punat 'EN' untuk menukar bahasa.